Feb 19, 2012

Kitten Kay Sera Obses Warna Merah Jambu


Ramai perempuan suka warna pink atau nama melayunya, merah jambu. Namun, selain pakaian atau beg, tidak semua benda perlu berwarna merah jambu. Lain pula halnya dengan Kitten Kay Sera yang obses dengan warna merah darah jambu. Hampir semua barangan peribadi sehingga perabot rumahnya haruslah berwarna pink. Dia digelar The Pink Lady kerana minatnya yang melampau terhadap merah jambu.


Aktres berusia 49 tahun dari Los Angeles, Amerika Syarikat ini turut mewarnakan anjingnya yang diberi nama Kisses dengan warna merah jambu yang dibuat dari ubi bit.


Sejak 28 tahun lalu, Kitten hanya mengenakan pakaian berwarna merah jambu. Untuk mengelakkan rasa bosan menggunakan satu warna sahaja, dia mempelbagaikan tema pakaiannya seperti country, elegan, glamor dan sebagainya.


Kitten tidak menggangap kehidupan 'pink' yang dijalaninya sebagai pelik malah berbangga. Kitten menyifatkan dirinya dan pink seperti daya tarikan magnet.


Menurut Kitten, peminat yang mengetahui hobinya sering menghantar pelbagai cenderamata berwarna merah jambu kepadanya. Baginya 'hadiah pink' dari peminat sangat bermakna di dalam hidupnya.

©Azurie : Bukan penggemar pink jambu mahu pun Pink Panther.

Via : Telegraph

2 Comment

Dauspozi Sun Feb 19, 06:57:00 PM

Wahh.. macam daus jugak.. Daus obses dengan warna hijau.. :P

Eriyza Mon Feb 20, 12:56:00 AM

@Dauspozi:
Kena makan nasi hijau gak laa. :p

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.