Bila berbicara tentang air terjun, kita pasti membayangkan air yang sejuk lagi segar. Jika ingin berkelah bersama keluarga di air terjun, sudah tentu makanan perlu dibawa bersama andai tidak mahu kelaparan. Lain pula ceritanya di Air Terjun Labasin yang terletak di wilayah, Quezon, Filipina kerana wujudnya sebuah resort penginapan iaitu Villa Escudero yang menyediakan restoran di kaki air terjun khas untuk pengunjungnya.
VIDEO RESTORAN DI KAKI AIR TERJUN
Villa Escudero bukan setakat menawarkan bilik yang selesa dengan pemandangan menarik malah menggalakkan tetamunya untuk merasai kesejukan air terjun yang mengalir di celah² kaki bersama percikan air terjun yang menjunam turun.
Jika berpeluang ke Quezon, Filipina, cubalah rasai pengalaman makan tengahari sambil mandi-manda di kaki air terjun. Ianya pasti menyeronokkan.
©Azurie : Pernah mengikuti ibu saudara ke air terjun Bukit Hijau, Kedah.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.