Penulis kagum dengan undang² unik yang dibuat oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang mendenda peniaga wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Kod etika pakaian itu ternyata dilaksanakan dengan tegas apabila seorang gadis yang memakai baju-T lengan pendek ketika berniaga telah dikompaun sebanyak RM500.
Gadis itu adalah antara 5 individu yang dikompaun atas pelbagai kesalahan seperti tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.
“Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.”
Petikan Sinar Harian
Penulis lebih suka jika akta sebegini diperluaskan ke negeri² lain memandangkan 'cek mek molek' yang berniaga sering menjadi 'jamuan' mata si lelaki hidung belang. Lebih bagus kalau orang awam yang berpakaian menjolok mata turut sama didenda.
Tahniah MPKB-BRI kerana melaksanakan akta yang cukup baik ini. Semoga kalian terus istiqamah menjalankan tugas.
©Azurie : Tidak suka memakai baju lengan pendek.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.