Feb 23, 2012

Emak Dipenjara Kerana Anak


Hanya kerana 'mengajar' anaknya sendiri, seorang ibu berdepan hukuman penjara 6 bulan atau pun denda wang ringgit. Akibat mencubit lengan anak lelakinya yang berumur lima tahun sehingga mengalami kecederaan seperti lebam dek kemalasan anak itu menukar bajunya, maka Maszuridah Kuming, 34, telah dijatuhkan hukuman denda RM7000 oleh Hakim Zaharah Hussain.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai makan didakwa melakukan jenayah tersebut pada pukul 9 malam pada 20 Julai 2011 di sebuah rumah di Batu 7 1/2, Bukit Rambai, Melaka. Maszuridah didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

“Saya menjaga empat orang anak, saya turut menanggung keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan selain anak bongsu saya yang berusia enam bulan masih menyusu badan,” kata Maszuridah.

Petikan Kosmo!


Apakah mengajar anak sudah menjadi satu jenayah, sekarang?? Alangkah 'ruginya' anak yang dibiar bebas tanpa sebarang 'hukuman' atas kesalahan yang dilakukan. Sebenarnya, anak perlu dididik mengikut 'undang²' tertentu, bukannya sekadar 'air liur' jika itu tidak mendatangkan sebarang perubahan.

©Azurie : Selalu kena hukum + denda sewaktu kecil kerana lasak macam lelaki.


Via : Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.