Feb 23, 2012

Majlis Akad Nikah Yusry ♥ Lisa Surihani


Alhamdulillah, sekali lafaz sahaja, Yusry Abdul Halim telah menjadikan Lisa Surihani sebagai isterinya yang sah. Majlis akad nikah pasangan sepadan ini telah dilangsungkan di Hotel Marriot Putrajaya. Pasangan ini dinikahkan oleh abang sulung Lisa sendiri iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa. Lisa menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin manakala jumlah hantaran dirahsiakan.


VIDEO MAJLIS AKAD NIKAH YUSRY ♥ LISA SURIHANI

Pasangan pengantin mengenakan busana putih sedondon rekaan butik Cosry nampak begitu sepadan dalam kemeriahan majlis akad nikah yang bertemakan Winter Garden. Lisa menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa tepak sireh, cincin, rantai platinum, wang hantaran, manisan dan kek perkahwinan.


Memetik kata-kata catchy Yusry,

“Sebelum saya mengenali Lisa Surihani, saya dah tak percayakan cinta lagi, tapi bila mengenali Lisa, saya jatuh cinta lagi dan itulah yang membuatkan Lisa sangat istimewa di hati saya.”

Petikan kata² Yusry di MIG


Pihak lelaki pula dibalas sembilan dulang hantaran yang berupa tepak sireh, sebentuk cincin, coklat, keyboard, kelengkapan sembahyang, baju, koleksi album lama The Beatles, dan kek. Majlis sederhana tetapi meriah ini diserikan lagi dengan kehadiran kira² 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai dan rakan media dari kedua² belah pihak.


Selamat pengantin baru buat Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani. Semoga rumahtangga yang kalian bina mendapat rahmat dari Allah Taala.

©Azurie : Rasa macam baru semalam tengok Lisa Surihani versi remaja dalam iklan Clean n Clear. Hari ini sudah melihat dia menikah. Masa yang berlalu pantas atau manusia yang membuang masa??

Via : RotiKaya | Saveq

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.