Feb 8, 2012

Pekerja Kentucky Fried Chicken Pukul Pelanggan


Kentucky oh kentaki. Kenapalah pekerja restoran makanan segera yang satu ini sering menjatuhkan reputasi majikan mereka?? Ini belum lagi dikira dengan strategi pemasaran Double Zinger Burger yang memakan diri sehingga pelanggan memaki. Tempat cari makan jangan pula dijadikan pentas melampiaskan amarah. Banyakkan bersabar walaupun hati sebal. Walaupun ada 'pepatah' yang mengatakan 'customer always right' tetapi penulis selaku orang yang sudah lama terjebak dalam bidang pemakanan kurang bersetuju dengan slogan tersebut.


VIDEO PEKERJA KFC DI I-CITY MEMUKUL PELANGGAN

Pengupload video ini mendakwa kejadian pekerja KFC memukul pelanggan ini berlaku di Kentucky Fried Chicken (KFC) cawangan I-City. Hal ini berlaku ekoran pelanggan telah menunggu 1 jam tetapi apabila tiba gilirannya, menu yang dipilih sudah habis lalu si pelanggan meminta pengurusnya memohon maaf, sebaliknya pekerja kfc pula bertindak mengasarinya.

Penulis tidak mahu komen apa² kerana situasi sebenar tidak diketahui. Mengikut pengalaman peribadi, ada waktunya pelanggan yang bersikap kurang ajar. Jika pekerja juga bermulut celupar orangnya, maka bertemulah pen dengan kertas.

©Azurie : Tahun ini belum lagi menikmati ayam goreng + kentang putar Kentucky Fried Chicken cawangan Chukai.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.