Feb 27, 2012

Tarian Ala Robot Dari World Order


Sekumpulan lelaki dari negara matahari terbit menggelarkan diri mereka World Order yang mengetengahkan muzik elektronik bersama tarian ala robot yang unik. World Order diterajui oleh mantan peninju terkenal Jepun iaitu Genki Sudo bersama 6 lagi pemuda lain iaitu Takashi Jonishi, Yusuke Morisawa, Ryo Noguchi (koreografer), Masato Ochiai, Akihiro Takahasi dan Hayato Uchiyama.

Kebanyakan lagu adalah ciptaan Genki Sudo. Mereka menyampaikan mesej yang bagus di sebalik kerancakan muzik, ada unsur komedi dan yang paling penting menghiburkan untuk ditonton.


WORLD ORDER - MACHINE CIVILIZATION


WORLD ORDER - WORLD ORDER


WORLD ORDER - BOY MEETS GIRL

Penulis antara peminat kumpulan World Order. Terbit rasa kagum melihat gerakan robot dan aksi slow motion yang begitu kemas dan teratur. Tentu mereka mengambil masa yang lama untuk memastikan pergerakan tarian mereka seragam sedemikian rupa.

Tarian kumpulan World Order banyak dibuat dalam bentuk parody oleh peminatnya malah ada kumpulan dari Indonesia speerti Speed meniru bentuk tarian World Order.

©Azurie : Suka tengok pergerakan robot di dalam tarian.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.