Gara² menyasarkan 'suspek' secara sembrono, laman blog hiburan terkenal RotiKaya bakal berdepan saman dari Wan Shades. Pada 20022012 lalu, pihak RotiKaya menulis sebuah artikel berjudul Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama 7 Tahun? yang jelas merujuk kepada empunya nama malah gambarnya turut disertakan sekali.
Rentetan dari fitnah tersebut, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades akan menyaman RotiKaya. Satu laporan polis telah dibuat pada hari yang sama di Balai Polis Ukay Perdana.
“Artikel yang dikeluarkan adalah satu spekulasi tidak benar dan ia mencemarkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia.”
“Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi.”
Petikan Berita Harian
Bekas penyanyi kumpulan Shades itu memberi tempoh 7 hari kepada pengendali blog tersebut untuk memberi penjelasan berkenaan artikel tersebut tetapi pihak RotiKaya gagal dihubungi.
©Azurie : Suka makan roti bata cicah air tetapi tidak suka sekaya sebab manis sangat.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.