Peribahasa ada menyebut marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Peribahasa tersebut tepat mengenai empunya diri pemilik Taska Taman Kota Masai, Johor apabila dua pekerjanya bertindak membedung bayi dengan ketat manakala mulut mereka pula ditampal dengan pita pelekat. Perbuatan jahat mereka turut dirakamkan sebelum dipertontonkan kepada orang lain. Pengasuh berusia 22 dan 23 tahun itu dipercayai sengaja melakukan hal sedemikian dek kerana marah kepada majikan mereka.
VIDEO PENDERAAN KANAK² DI TASKA TAMAN KOTA MASAI
Rentetan daripada peristiwa tidak berperikemanusiaan tersebut, Shaherah Abdul Malik telah membuat laporan polis terhadap dua bekas pekerjanya itu. Perbuatan sabotaj itu akan mencalarkan nama baiknya dan reputasi taska yang dikelolakannya.
“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami."
“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya.”
Petikan Harian Metro
Perlakuan khianat pengasuh tersebut mengundang rasa marah di kalangan masyarakat. Adanya pengasuh sebegini membuatkan ibu² yang bekerja hilang kepercayaan terhadap institusi penjagaan kanak².
©Azurie : Tidak pernah dihantar ke Taska. Baik atau buruk, penjagaan dari ibu bapa adalah yang terbaik.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.