Detik kelahiran pada tarikh 29 Februari tentunya sesuatu yang istimewa bagi seseorang memandangkan tarikh tersebut hanya muncul 4 tahun sekali. Tahun 2012 adalah tahun lompat dan beberapa bayi comel telah menjengah dunia pada 29.02.2012. Tentunya ibu bapa si bayi yang paling gembira menyambut kedatangan putra putri mereka.
Pasangan Catherine Chin Derosani Atu Lolong, 28, yang juga Eksekutif Kewangan dan suaminya Chan Chee Kean mendapat bayi perempuan sulung seberat 3.82 kilogram di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Saya dan suami, Chan Chee Kean, 32, memang tak sangka dia ‘menunggu’ untuk dilahirkan pada tanggal 29 Februari, tahun lompat, kerana kami harap dia lahir pada 28 Februari. Apapun, kami gembira dan dia kini sangat istimewa.”
Petikan Harian Metro
Jururawat bernama Syarifah Nurul Idayu Syed Jaafar, 24, dan suaminya Nor Hashim turut mendapat cahayamata sulung perempuan yang dilahirkan secara normal di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Tak ada dalam sejarah keluarga saya mahupun suami yang lahir pada tahun lompat, tetapi apabila anak yang kami namakan Siti Zulaikha Nor Hashim lahir hari ini (semalam), memanglah buatkan perasaan bercampur baur.”
Petikan Harian Metro
Bayi² ini akan menyambut hari lahir mereka pada 29/02/2016 kelak. Pastinya ulangtahun kelahiran mereka akan disambut meriah memandangkan ianya hanya akan tiba setiap 4 tahun sekali.
Tahniah kepada semua pasangan yang menerima kehadiran orang baru di dalam keluarga mereka. Mudah²an anak yang dilahirkan membesar sebagai insan yang baik.
©Azurie : Tarikh 29 mempunyai makna istimewa di dalam kehidupan.
2 Comment
Thanks for your writing. Really appreciated it. I'm papa's of Siti zulaikha.
Hashim De Inspirar..
@hashim113:
Tahniah kerana mendapat cahayamata yang unik tarikh lahirnya. =)
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.