Mar 1, 2012

Anak Mawi ♥ Ekin Bernama Cahaya Malaika


Anak adalah aset paling bermakna bagi suami isteri. Setelah menunggu 3 tahun lebih selepas berkahwin pada 21/12/2008, akhirnya pasangan Asmawi (Mawi) dan Nora'Asikin (Ekin) dikurniakan seorang puteri pada pukul 4 pagi, Selasa lalu.

Ekin, 33, melahirkan anak secara normal walaupun terpaksa disuntik pelali di Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor.


Anak sulung pasangan ini yang seberat 2.8 kilogram diberi nama Cahaya Malaika yang bererti Cahaya Permaisuriku. Mawi, 31, bercadang untuk menggunakan panggilan 'Abi' bagi dirinya dan 'Ummi' untuk Ekin.


“Saya amat bersyukur kepada Allah dengan kelahiran ini. Jujurnya saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata yang pertama ini. Debaran saya terbalas apabila mendakap anak buat kali yang pertama. Saya amat tenang sekali melihat wajah anak saya ini,” katanya.

Petikan Mstar


Tahniah buat Abi Mawi dan Ummi Ekin. Semoga Cahaya Malaika terus bersinar sebagai anak yang solehah.

©Azurie : Mendoakan agar Datuk Datin Seri Siti Nurhaliza turut dimurahkan rezeki untuk menimang bayi tidak lama lagi.

Via : Mstar

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.