Mar 1, 2012

Gadis Dibakar Kerana Cinta Ditolak


Sekitar pukul 6 petang pada 17/09/2011 menjadi sejarah hitam buat seorang gadis remaja yang cantik iaitu Zhou Yan apabila dia telah dibakar oleh seorang remaja lelaki yang kemaruk cintanya. Difahamkan Tao Rukun hilang pertimbangan apabila Zhou menolak cintanya lalu dia nekad untuk menjadikan 'gadis cantik kepada wanita jelek'.

Tao meluru ke rumah Zhou sambil membawa sebotol cecair [baca: petrol], menangkap gadis itu lalu mencurahkan cecair tadi ke kepala Zhou dan menyalakan api sambil menjerit "mati" berulangkali. Dalam sekelip mata sahaja, seluruh tubuh Zhou sudah disambar api bagaikan unggun api di perkhemahan pengakap. Tragedi malang ini berlaku di bandar Hefei, daerah Anhui, China.


Jeritan Zhou didengari ibu saudaranya dan dengan pantas tubuh Zhou diselimutkan untuk mengelakkan api terus marak sebelum menelefon talian kecemasan 120. Ibu bapa suspek dipercayai adalah pegawai tinggi kerajaan di Hefei.


Mangsa yang mengalami kecederaan parah di wajah, leher, dada, dan kawasan-kawasan lain terpaksa dirawat di Intensive Care Unit (ICU) selama seminggu. Zhou melecur hampir 30% bahagian badannya malah salah satu telinganya terbakar terus. Dia mengalami luka terbakar tahap kedua dan ketiga. Zhou juga mendapat kecacatan kekal.


Ketika berada di ICU, keluarga Tao yang berjawatan pegawai Biro Audit dan Pegawai Perancang Bandar membiayai rawatan Zhou tetapi memaksa ibu bapa Zhou menandatangani dokumen yang mengatakan anak mereka tidak bersalah. Akan tetapi keluarga Zhou enggan dan bayaran rawatannya dihentikan. Atas 'kuasa' yang ada pada mereka, Tao diikat jamin lalu dibebaskan dari tahanan.

Oleh kerana tidak mampu membayar bil perubatan, akhirnya Zhou terpaksa dibawa pulang ke rumah walaupun belum sembuh. Ahli keluarganya merayu derma dari orang awam di internet untuk mengubati Zhou.


@合θ‚₯ι™Άζ–‡: Apology: I am Hefei Auditing Bureau employee Tao Wen and as a result of failing to raise my son properly, my son Tao Rukun has caused irreversible harm and suffering to Zhou Yan and Zhou Yan’s family, for which I express deep remorse and also apologies to the masses of netizens. I will do everything I can to treat Zhou Yan. Tao Rukun has already been detained, the case is being handled according to law, and I will accept the judgement of the law. I absolutely will not evade the legal responsibility I must bear.

Petikan permohonan maaf keluarga Tao Rukun dari ChinaSmack


Cinta yang sepatutnya membawa bahagia berubah menjadi derita hanya kerana lelaki yang tidak boleh menerima hakikat bahawa mencintai tidak semestinya memiliki.

©Azurie : Dear Zhou Yan... I don't know you but I feel your pain, and your fear. I hope I will be able to give you some strength and advice. Face the world with courage. Have faith and act morally and stay strong.

Via : ChinaSmack

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.