Mar 20, 2012

Bapak Aniaya Anak


Seorang anak bakal kehilangan rumah pusaka neneknya di Kuala Kubu Bharu, Selangor gara² memajakkan rumah tersebut bagi tujuan pinjaman kewangan untuk membantu ayahnya memulakan perniagaan. Malangnya bertimpa apabila namanya juga bakal disenaraihitam oleh pihak bank apabila ayahnya tidak melunaskan wang pinjaman sejak enam bulan lalu.

Justeru, Nadia yang merupakan seorang pramugari membuat laporan polis akibat dianiaya oleh ayahnya sendiri. Dia kini menanggung hutang sebanyak RM80,000 kerana menjadi penjamin kepada ayahnya bersama seorang lagi rakan.


Ibu mangsa dikenali sebagai Aida, berkata, akibat tindakan tidak bertanggungjawab suaminya, nama anak gadisnya dikenali sebagai Nadia serta seorang lagi rakan yang menjadi penjamin disenarai hitamkan.

“Ketika memujuk anak membuat pinjaman berkenaan, suami berjanji akan membayar ansuran bulanan sebanyak RM500, selain berjanji mengeluarkan duit dari akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengurangkan jumlah pinjaman.

“Malangnya, suami tidak membuat bayaran secara konsisten menyebabkan bayaran tertunggak sehingga kami menerima surat merah dari pihak bank memaklumkan tunggakan RM7,566.

“Malah, kami turut menerima saman dari pihak bank, dan Nadia diminta hadir ke mahkamah pada 29 Mac ini untuk sebutan kes,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Petikan Harian Metro


Tergamak seorang bapak memperdaya anak sendiri untuk mencapai matlamat diri. Sepatutnya seorang bapak melindungi anaknya, bukan menjadikan 'kambing hitam' untuk menanggung hutang bernilai puluhan ribu ringgit.

©Azurie : Ada bapak yang penyayang walaupun kadangkala agak garang.


Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.