Mar 20, 2012

Siti Nur Fatihah Diculik Berhampiran Rumah


1Malaysia masih lagi berkabung atas kematian adik Dirang yang dibakar sehingga rentung, hari ini diberitahu lagi tentang tragedi penculikan remaja berusia 15 tahun pula. Siti Nur Fatihah Mahadi dipercayai diculik oleh tiga individu termasuk seorang wanita sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli kad prabayar. Ketika kejadian, mangsa ditemani dua orang adiknya Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11 tahun.


Menurut Nurul Aisyah, kakaknya diseret masuk oleh seorang lelaki ke dalam kereta Honda berwarna ungu gelap yang telah menunggu di hadapan kedai tersebut yang jaraknya hanya 100 meter dari rumah mereka di Taman Tas, Kuantan, Pahang. Mangsa merupakan pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan.


Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.

“Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ‘Baby..tolong kakak’ sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Petikan Harian Metro


Marilah kita berdoa agar Siti Nur Fatihah dipulangkan semula ke pangkuan keluarganya dalam keadaan selamat. Kes culik semakin berleluasa akhir² ini, sungguh menakutkan.

©Azurie : Mangsa merupakan anak sepupu kepada salah seorang sahabat.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.