Mar 13, 2012

Dirang Ditemui Rentung Dalam Lubang


Misteri kehilangan Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang akhirnya terjawab dengan penemuan mayat rentung di dalam sebuah lubang. Kanak² malang berusia 5 tahun itu didapati hilang pada 1 Mac lalu ketika ibunya, Roselyn Alan, 25, menyuruh dia membeli mee segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumah mereka di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam. Kemudian, si ibu terus ralit melayari Facebook sehingga terlupa tentang anaknya sehingga ditanya oleh suaminya, Lima Medeng, 25, tentang ketiadaan Dirang di rumah.

Mayat Dirang yang dibakar sehingga rentung ditemui oleh orang awam di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai, pada 8 Mac lalu. Mulanya pihak polis menyangka mayat tersebut adalah milik orang dewasa tetapi mengesahkan ianya adalah Dirang selepas sampel deoxyribonucleic asid (DNA) mayat tersebut sepadan dengan ibu mangsa.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.


“Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.

“Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya. Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa,” katanya, di sini, semalam.


Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.


“Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

“Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Petikan Harian Metro


Mayat tersebut dipercayai sudah dibakar sejak lima hari lalu sehingga menyukarkan proses pengecamannya berikutan keadaannya yang sungguh teruk.

Zalim sungguh manusia durjana yang sanggup membakar sehingga rentung seorang kanak² kecil yang comel. Sudah pasti anak itu tidak mampu melawan kudrat orang dewasa. Penulis mengutuk sekeras²nya perbuatan tidak berperikemanusiaan para pelakunya. Jika disabitkan kesalahan, jatuhkanlah hukuman setimpal ke atas mereka.

©Azurie : Bapa kandung Dirang turut ditahan reman. Tergamakkah seorang bapa menyalakan api lalu membakar anaknya umpama seekor ayam yang dipanggang??

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.