Masih ingatkah lagi anda pada bencana alam tsunami yang melanda Jepun pada tahun lalu?? Seluruh penduduk dunia turut berdukacita dengan Negara Matahari Terbit yang lumpuh setelah sebahagian dari rakyatnya menjadi korban manakala harta benda musnah ditelan gelombang. Di dalam tragedi yang sama, seorang tentera Jepun, Koji Chiba telah berjaya menyelamatkan bayi perempuan, Iroha Ishikawa yang ketika itu baru berusia 4 bulan dari runtuhan bangunan setelah 3 hari tsunami membadai Jepun.
Iroha Ishikawa dan ibu bapanya berjaya ditemui oleh Koji Chiba dan pasukannya dalam usaha menyelamat mangsa bencana dahsyat yang telah meragut 15,800 nyawa ketika tsunami melanda pada 11 Mac 2011.
Kini, setelah setahun berlalu, Iroha Ishikawa dipertemukan semula dengan Koji Chiba pada 11 Mac 2012, 'hero' yang menyelamatkannya. Pada hari yang sama, seluruh rakyat Jepun mengadakan hari peringatan mangsa tsunami bagi memperingati saudara-mara dan rakan taulan mereka yang telah meninggal dunia.
Pertemuan Koji Chiba dan Iroha Ishikawa umpama menyingkap semula lembaran sejarah Jepun yang menjadi saksi bahawa mereka pernah terlibat di dalam amukan tsunami.
©Azurie : Tsunami adalah peringatan dari Allah, bukan sahaja untuk Jepun tetapi juga untuk manusia lain yang sering ingkar pada suruhanNya.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.