Mar 9, 2012

Emak Ditinggal Anak Tunggal


Hancur luluh hati seorang ibu tua yang lumpuh tatkala menyedari dirinya ditinggalkan sendirian di tempat asing oleh anaknya sendiri. Wanita tersebut, Faridah Maulud, 66, dibiarkan seorang diri sejak 4 hari lalu di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru.


VIDEO IBU LUMPUH DITINGGAL ANAK DI HOTEL

Mujurlah ada kakitangan hotel menemui warga emas tersebut dalam keadaan meniarap ketika melakukan pemeriksaan bilik. Malah, pekerja hotel itu juga berperikemanusiaan apabila menggalas tanggungjawab untuk menguruskan wanita itu dari memandikan, mengganti lampin pakai buang dan menyediakan makanan.


Anak lelaki tunggal Faridah yang berusia 27 tahun gagal dikesan sejak berhutang bayaran bilik hotel tersebut. Menurut wanita itu, dia baru sahaja diajak oleh anak bujangnya tinggal di Kuala Lumpur sejak sebulan lalu memandangkan dia tinggal sendirian di kampungnya, Johor.

Ibu lumpuh ini berulangkali meminta dirinya dihantar ke rumah kebajikan untuk mendapatkan perlindungan berikutan tidak mahu menjadi beban kepada pihak hotel yang sangat baik budi.

Entah mengapa, hati penulis kuat mengatakan bahawa pemuda ini sedang menghadapi masalah, bukannya dia sengaja berbuat demikian. Jika diambil kira faktor dia mengambil ibunya di kampung lalu dibawa ke Kuala Lumpur, ini menunjukkan bahawa dia mahu menjaga ibunya.

Wahai pemuda... jika kamu mempunyai masalah sekalipun, jangan kau tinggalkan ibumu yang uzur sendirian tanpa penjagaan. Jika kamu berbuat baik kepada ibumu, insyaAllah kamu akan mendapat jalan keluar bagi setiap laluan buntu yang kamu lalui kerana doa ibu untuk anaknya tiada hijab.

©Azurie : Berharap agar anak dan emak dapat bersatu semula.

Via : Harian Metro

4 Comment

Dauspozi Sat Mar 10, 09:49:00 AM

Baca kat Twitter semalam, ada tweep cakap anak dia dah meninggal disebabkan kemalangan..

Eriyza Sat Mar 10, 11:48:00 AM

@Dauspozi:
Anak makcik ini dah muncul pun.
Seperti dijangka, dia memang berdepan
masalah sbb itulah dia tinggalkan ibunya sendirian.

Unknown Sun Mar 08, 12:49:00 PM

Mkcik mie dah lama mninggal pun..sakit tua..
ank dia bkn sngaja tnggalkn..tp sbb ank dia sakit..kna masuk hspural..dia tumpang kt hotel tu dgn harapan ade yg tlong tgok2kn..sbb kwsan rumah yg dia duduk sgt bhaya..ada kes prgaduhan dan pecah rumah..dia org kampung sy..dan ank dia kwn sy..

Unknown Sun Mar 08, 12:50:00 PM

Mkcik mie dah lama mninggal pun..sakit tua..
ank dia bkn sngaja tnggalkn..tp sbb ank dia sakit..kna masuk hspural..dia tumpang kt hotel tu dgn harapan ade yg tlong tgok2kn..sbb kwsan rumah yg dia duduk sgt bhaya..ada kes prgaduhan dan pecah rumah..dia org kampung sy..dan ank dia kwn sy..

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.