Mar 10, 2012

Emak Malang Masih Anak Sayang


Baru semalam kes emak yang lumpuh ditinggalkan oleh anaknya penulis siarkan, akhirnya anak tersebut muncul dari persembunyian untuk menerangkan tindakannya berbuat demikian. Naluri penulis sebelum ini mengatakan bahawa pemuda ini punya masalah ternyata ada benarnya apabila kisahnya mula diceritakan.


Amir Mohd Omar, 27, anak tunggal kepada Faridah Maulud menyangkal dakwaan bahawa dia tidak mengasihi ibunya sehingga tergamak meninggalkan wanita itu terkontang-kanting di dalam bilik hotel bajet sedangkan dia sudah hilang upaya sejak 3 Mac 2012.


“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu.

“Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.

Petikan Harian Metro


Pemuda ini berjaya dijejaki oleh wartawan Harian Metro melalui nombor telefon yang diperolehi dari pemilik hotel dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Setelah berunding beberapa kali, dia akhirnya bersetuju untuk memberitahu umum punca dia bertindak sedemikian.

Sekali lagi penulis cuba menyelami perasaan pemuda ini. Di sebalik tuduhan tidak berperikemanusiaan yang dituding kepadanya, penulis masih merasakan pemuda ini mempunyai hati perut. Cuba fikir sejenak, dia meninggalkan ibunya di hotel, satu tempat yang bersih dan selamat. Dia yakin ibunya takkan kelaparan atau kesejukan kerana pasti ada insan berhati luhur yang akan menghulurkan bantuan. Namun, perbuatan meninggalkan ibu lumpuh sendirian tetap penulis sabitkan sebagai bersalah.

©Azurie : Semoga satu hari nanti, pemuda ini dapat menjaga ibunya sendiri di sebuah rumah yang selesa.


Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.