Mar 10, 2012

Imam Terima Padah Kerana Hina Mahkamah


Seorang bekas imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan dijatuhkan hukuman penjara setahun ekoran tindakannya membaling sepasang selipar ke arah tiga panel hakim semasa prosiding mahkamah berlangsung. Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menyifatkan hukuman yang dikenakan ke atas Hoslan Hussin, 46, setimpal dengan perbuatannya yang menghina mahkamah.


VIDEO PENJELASAN IMAM HOSLAN HUSSIN
BERKENAAN ISU BALING KASUT DI MAHKAMAH

Mahkamah Persekutuan memandang serius terhadap perbuatan yang boleh mencemarkan kredibiliti badan kehakiman itu sama ada secara sengaja atau tidak. Justeru, pelaksanaan hukuman yang tegas harus dijalankan agar tiada pihak sewenang²nya mencalar imej institusi undang² negara.


"Kamu sebagai pesalah, jika tidak dikenakan tindakan akan boleh menggugat kuasa mahkamah dan boleh menjatuhkan maruah mahkamah. Apa-apa kritikan yang hendak dibuat terhadap hakim hendaklah dibuat dengan munasabah dan baik, bukan dengan cara mengugut dan maki hamun.

"Mahkamah yang ada bidang kuasa perlu dihormati oleh semua pihak. Perlu dinyatakan bahawa tindakan prosiding yang diambil di dalam kes ini (menghina mahkamah) bukan untuk melindungi maruah kami secara peribadi tetapi adalah untuk melindungi maruah dan kewibawaan mahkamah yang mulia ini dalam sistem kehakiman di negara ini.

"Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal dan berbentuk pencegahan untuk kepentingan awam,” kata Hakim Zulkefli.

Petikan Kosmo!


Hoslan Hussin memohon maaf kepada pihak mahkamah sambil menitiskan air mata kerana kesal dengan perbuatannya. Dia juga hanya memakai stokin tanpa selipar atau kasut ketika hadir ke mahkamah. Sebelum dibawa keluar dari mahkamah dalam keadaan bergari, Hoslan memeluk zaujahnya, Noorliza Mat Isa, 43, serta mencium dahinya seolah² mahu wanita itu merelakan dia menjalani hukuman penjara selama 12 bulan.


"Dengan rendah hati, saya memohon keprihatinan mahkamah kerana belum pernah dalam sejarah seorang imam diheret ke mahkamah. Walaupun tiada siapa yang cedera dalam insiden tersebut, ada hati yang terhiris, sama-sama kita memohon maaf." kata Hoslan.

Petikan Utusan Malaysia


Kes Hoslan Hussin lebih kurang serupa dengan tindakan Muntadhar al-Zeidi yang membaling kasut ke arah George W Bushuk pada tahun 2008 lalu. Anda ingat lagi tak??

©Azurie : Tidak pernah baling kasut wal selipar kepada mana² individu cuma pernah baling batu dalam air.

ia : Kosmo | Utusan Malaysia

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.