Sekali lagi isu harga air tanpa gula atau susu krimer menjadi topik akhbar. Jika sebelum ini kes air kosong / suam / panas dilaporkan agak mahl di Pantai Barat, kali ini ianya berlaku di Pantai Timur pula. Lebih memalukan lagi, apabila restoran yang dilaporkan mengenakan caj sebanyak RM1.80 itu terletak tidak jauh dari kediaman penulis.
Encik Ishak Kamarudin, 42, dari Taman Alamanda, Jalan Kubang Kurus, mendakwa dikenakan bayaran sebanyak RM1.80 untuk segelas air panas ketika makan bersama isteri dan dua anak mereka di sebuah restoran di Taman Chukai Utama pada 23 Februari lalu.
Berasa tidak logik dengan harga yang perlu dibayar, dia membuat aduan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kemaman pada 26 Februari lalu.
“Ketika saya pergi ke kaunter untuk membayar, tergerak hati saya untuk minta bil dan bila lihat bil, terkejut saya lihat harga air panas dalam gelas RM1.80. Disebabkan ragu-ragu, saya tanya pemilik restoran itu yang menjaga kaunter sama betul atau tidak harga air panas itu RM1.80 dan dia mengiakannya.
“Bukan kerana harga RM1.80 semata-mata saya persoalkan perkara ini, tetapi saya rasa tertipu kerana harganya tidak dimasukkan ke dalam menu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.
Petikan Sinar Harian
Penulis pelik apabila kebanyakan restoran suka mengenakan caj tidak munasabah untuk air panas atau air kosong walhal 20 sen sudah memadai.
©Azurie : Agaknya Restoran yang mana satu ye?? Ada banyak juga restoran di sekitar Taman Chukai Utama.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.