Mar 24, 2012

Irma Hasmie Bertunang


Pelakon yang kini terjun ke arena pengacaraan, Irma Hasmie telah melangsungkan pertunangan dengan Redza Syah Azmeer Dato' Radzuan, 31, seorang ahli perniagaan. Majlis serba sederhana itu berlangsung pada pukul 4.15 petang di kediaman Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh. Majlis merisik telah diadakan pada 12 Mac 2012 lalu.


Irma yang mengenakan busana biru cair sentuhan Hatta Dolmat disarungkan sebentuk cincin berlian oleh bakal ibu mentuanya, Datin Azizah Osman. Pelakon yang kini bertudung nampak begitu ayu di hari pertunangannya.

Pihak perempuan menerima 7 dulang hantaran berupa buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah, persalinan dan set mandian. Reza pula diberi 9 dulang hantaran balas seperti set mandian, persalinan, manisan, kek, sejadah, pencukur, buku-buku keagamaan dan sireh junjung.

Khabarnya, pasangan ini bertemu di Tanah Suci Mekah ketika sama² mengerjakan umrah. Meskipun usia perkenalan mereka terlalu singkat, kedua²nya sepakat untuk mendirikan rumahtangga yang dijadualkan pada 1 Julai ini di Keramat Hall.


"Syukur Alhamdulillah saya menganggap jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. Tak sangka pula umrah saya yang ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah bersama keluarganya pada masa itu."

"Perkenalan kami amat singkat tetapi saya cukup senang bersama dengannya. Lebih menguatkan perhubungan kami ialah apabila kami direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Moga jodoh ini berpanjangan sehingga akhir hayat," katanya.

Petikan mStar


Sebelum ini, Irma Hasmie pernah menjalin hubungan cinta dengan Nabil Raja Lawak. Selamat bertunang diucapkan kepada Irma Hasmie ♥ Redza Syah Azmeer. Semoga Allah permudahkan urusan kalian.

©Azurie : Kurang mengikuti perkembangan Irma tetapi pernah melihat dia berlakon dalam Awan Dania.

Via : Murai | Mstar

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.