Mar 3, 2012

Kotak Hadiah Meletup Hadapan Rumah


Berkemungkinan besar gadis ini hanya mahu membawa masuk kotak yang dialamatkan kepada abangnya, Saiful Izwan, 35, ke dalam rumah, namun kotak yang disangka hadiah meletup sehingga mengakibatkan Norasyikin Md Isa, 27, cedera parah di tangan, perut dan kakinya. Kejadian ini berlaku di Ramuan China Besar, Masjid Tanah pada pukul 8.45 pagi.

Mengimbas kembali detik malang itu, Norasyikin yang bertugas sebagai juruwang di sebuah pasaraya sedang bersedia untuk ke tempat kerja sebelum nampak kotak tersebut yang diletakkan di luar pagar rumahnya. Mangsa melambung sebelum jatuh tertiarap sebaik menyentuh 'hadiah' tersebut. Sejurus kemudian, api menjulang setinggi 15 kaki bersama letupan yang kuat.


Sementara itu, adik mangsa, Ahmad Mustafa, 20, berkata, ketika kejadian, dia baru selesai mandi melihat kakaknya sedang membuka pintu pagar untuk ke tempat kerja.

"Sewaktu berada di dalam bilik, saya tiba-tiba terdengar bunyi letupan dan apabila menjenguk keluar rumah, saya nampak api menjulang setinggi 15 kaki (4.5 meter) manakala kakak saya terbaring dan menjerit kesakitan sambil badannya berasap.

Katanya, sewaktu kejadian, dia bersama dua abangnya berada di dalam rumah.

"Sejurus selepas letupan itu, kami semua keluar dan menyelamatkan Norasyikin dengan membawanya ke hospital," katanya.

Petikan Utusan Malaysia


©Azurie : Dulu kes letupan bom buatan sendiri hanya kedengaran di negara jiran, kini sudah berlaku di Malaysia. Sungguh menakutkan.

Via : Utusan Malaysia

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.