Bienda nasyid, anak kepada Sheeda dangdut telah selamat melahirkan anak sulungnya melalui pembedahan di sebuah hospital swasta pada 26 Februari lalu. Puteri sulungnya itu seberat 2.95 kilogram ketika dilahirkan. Bienda, 27, dan suaminya, Kamarul Zariman atau lebi mesra dipanggil Boy telah menikah pada 08.10.2010.
Ditanya tentang nama anaknya yang unik, Bienda menjelaskan bahawa nama Lavienda diinspirasikan dari drama Latin yang kerap ditontonnya ketika mengandung manakala Namiraz pula terilham dari nama suaminya sendiri. Untuk mengelakkan ada pihak berkecil hati, mereka sepakat menamakan anak perempuan mereka Lavienda Namiraz.
“Nama Lavienda diilhamkan daripada gabungan nama saya dan salah satu watak dalam telenovela Latin yang saya gemar tonton ketika mengandung dulu.
“Kebetulan pula, suami juga ada nama pilihannya iaitu Namiraz yang diambil daripada nama Zariman yang diterbalikkan. Untuk berlaku adil, kamu gabungkan dua nama itu,” katanya.
Petikan mStar
Tahniah buat Bienda dan Boy di atas kelahiran puteri sulung. Mudah²an anak kalian membesar sebagai pejuang Islam.
©Azurie : Mawi ♥ Ekin ada Cahaya yang menyinari, Bienda ♥ Boy pula berbau Lavienda yang harum. Kombinasi Azurie ♥ _ _ _ _ _ pula membuahkan nama apa ye??
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.