Mar 16, 2012

Nasi Kenduri Dibawa Lari


Nasi kawah untuk kenduri kahwin dilarikan orang?? Bunyinya macam kelakar, bukan?? Hakikatnya itulah yang berlaku terhadap sepasang suami isteri yang harus menanggung aib akibat seperiuk besar nasi hujan panas yang disediakan untuk tetamu dicuri oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Kes memalukan ini berlaku di Kampung Pulau Betong, Pulau Pinang.

Menurut Md Saad Hasan, 68, nasi hujan panas yang disediakan untuk santapan tetamu bagi kenduri kahwin dua orang anaknya telah diambil tanpa pengetahuannya lalu dibawa ke majlis anjuran Kerajaan Negeri di Kampung Terang pada 4 Mac lalu.

Ekoran kecurian tersebut, dia dan isterinya gagal menyediakan juadah buat keluarga besan yang datang dari Setiu, Terengganu kerana nasi lain yang ditanak tidak sempat masak. Justeru, rombongan pengantin tersebut pulang dengan perut lapar.


Menceritakan detik kejadian, Md Saad yang bekerja kampung memaklumkan bahawa dia diberitahu oleh tukang masak bahawa ada individu datang bertanyakan mengenai nasi yang telah siap dimasak.

Menurutnya, tukang masak menyangka, nasi itu akan dihidangkan kepada orang ramai, namun lain pula jadinya apabila periuk terbabit diangkat dan diletakkan di dalam sebuah lori lalu dibawa pergi.

“Saya sebagai tuan rumah sememangnya kecewa dengan sikap pemimpin tersebut kerana seperiuk nasi mampu menampung hidangan sekurang-kurangnya untuk 100 orang dan kira-kira 2,000 tetamu telah dijemput untuk memeriahkan majlis. Disebabkan tindakannya, makanan untuk tetamu tidak mencukupi, malah timbul pula suara-suara sumbang sehingga menyebabkan kami sekeluarga terpaksa menanggung malu sehingga hari ini,” katanya.

Petikan Sinar Harian


Tidak mahu perkara sama berulang kepada orang lain, Md Saad dan isterinya, Rosni Ahmad, 58, telah membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya. Md Saad telah menemui individu tersebut dan beliau telah memohon maaf kerana tindakan mencuri nasi tersebut berlaku kerana nasi yang mereka masak untuk majlis yang dibuat mentah dan tidak boleh dimakan. Namun, 'penyelesaian' yang mereka ambil telah mendatangkan masalah kepada orang lain.

©Azurie : Sungguh tidak bertamadun tindakan pencuri tersebut. Bukankah masih ada jalan lain untuk menggantikan juadah yang mentah?? Belilah nasi beriani / nasi kandar atau nasi lain dari beberapa buah restoran dan hidangkan. Mengapa mesti menjamu tetamu dengan makanan haram??


Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.