Mar 17, 2012

Shiro Juara Raja Lawak 6


Raja Lawak 6 yang bersiaran selama 10 minggu akhirnya sudah sampai ke kemuncak. Seperti jangkaan ramai pihak, kumpulan duo yang dianggotai oleh dua orang anak muda dari Kluang, Johor iaitu Shiro telah diumumkan sebagai Juara Raja Lawak 6. Raja Lawak 6 dipancarkan secara langsung dari Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya menerusi saluran Astro Warna menjadi saksi Shiro menewaskan tiga lagi kumpulan iaitu Zero, Cuit dan 2Yol. Eh eh, penulis nampak kelibat Abang Nara di kaca tv!



Berikut adalah keputusan penuh Raja Lawak 6 yang diumumkan oleh pengacara serasi, Johan dan Zizan.

TEMPAT 1 RAJA LAWAK 6 - SHIRO
WANG TUNAI RM 100,000 + BARANGAN ELEKTRIK + TROFI SUMBANGAN ASTRO



SHIRO : PERSEMBAHAN BEBAS


SHIRO : PERSEMBAHAN MUZIKAL

TEMPAT 2 RAJA LAWAK 6 - ZERO
WANG TUNAI RM 50,000 + BARANGAN ELEKTRIK + TROFI SUMBANGAN ASTRO



ZERO : PERSEMBAHAN BEBAS


ZERO : PERSEMBAHAN MUZIKAL

TEMPAT 3 RAJA LAWAK 6 - CUIT
WANG TUNAI RM 30,000 + BARANGAN ELEKTRIK + TROFI SUMBANGAN ASTRO


CUIT : PERSEMBAHAN BEBAS


CUIT : PERSEMBAHAN BEBAS

TEMPAT 4 RAJA LAWAK 6 - 2YOL
WANG TUNAI RM 10,000 + BARANGAN ELEKTRIK + TROFI SUMBANGAN ASTRO



2YOL : PERSEMBAHAN BEBAS


2YOL : PERSEMBAHAN MUZIKAL


Pengkritik tetap bagi Raja Lawak 6 ialah raja pantun alaf baru, Mejar David Teo, Hajjah Sheila Rusly dan si Babyface, Sathiya. Juara ditentukan sepenuhnya melalui keputusan undian sms.

Tahiah kepada Shahrol Azizie Azmi + Mohamad Hanaffi Razak (Shiro) dan syabas kepada peserta kegemaran penulis iaitu Sharif Kadil Doli Sharif + Mohammad Syaiful Doli Sharif + Sharif Kunal Doli Sharif (Zero).

©Azurie : Berharap trio Zero yang sudah menjadi Hero agar sentiasa bersikap rendah diri walaupun sudah dikenali oleh 1Malaysia.


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.