Mar 28, 2012

Pengumuman Pernikahan Awal Ashaari Dan Scha Al-Yahya


Sepasang lagi selebriti popular 1Malaysia bakal mendirikan mahligai bahagia. Berlokasi di Flora Cafe, Jalan Ampang, Awal Ashaari ♥ Scha Al-Yahya telah mengesahkan bahawa mereka akan bernikah pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya. Dua hari berselang, mereka akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), tempat yang sama Yusry Abd Halim ♥ Lisa Surihani berkahwin. Berita gembira ini dikhabarkan 2 hari selepas Awal melamar Scha secara langsung di kaca tv.


Di dalam sidang media yang ringkas itu juga, mereka turut memaklumkan mendapat tajaan bernilai RM60,000 dari pihak Bateel Asia untuk 1750 cenderahati mewah yang akan diedarkan kepada tetamu.

Hak eksklusif penyiaran untuk majlis pernikahan dan perkahwinan Awal ♥ Scha diberi kepada Astro Ria yang akan membawakan majlis ini secara langsung ke kaca tv di Saluran 104. Beberapa episod khas persediaan perkahwinan pasangan ini juga akan dirakamkan.

©Eriyza : Satu persatu selebriti popular tanahair berkahwin. Tahniah!

Via : RotiKaya

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.