Seorang remaja berusia 13 tahun, Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan telah tertimbus sebahagian badannya sehingga kepala selama lebih kurang 10 minit ketika tanah runtuh menimpa bahagian dapur rumahnya di Kuarters Kerani Polis, Jalan Belfield off Jalan Maharajalela. Mangsa yang masih bernyawa berjaya ditarik keluar dengan bantuan jiran dan ahli bomba.
VIDEO TANAH RUNTUH DI KUARTERS KERANI POLIS
Namun, setelah beberapa jam menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, mangsa akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan yang serius. Susulan kejadian malang itu, semua keluarga Polis Diraja Malaysia yang tinggal di kuarters tanah runtuh tersebut telah dipindahkan ke kuarters Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah!
©Azurie : Kepada anda yang tinggal berhampiran bukit, sentiasa pantau kawasan sekitar agar mudah mengesan bahaya jika terdapat pergerakan tanah terutama ketika hari hujan.
2 Comment
Assalam, Takziah... Al-Fatihah...
@NoorHafiy Budax Lanun:
Wsalam. Al-Fatihah!
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.