Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2012 yang disiarkan secara langsung dari Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya menerusi RTM 1 baru sahaja berakhir. Seramai 8 orang perserta dari 69 orang keseluruhannya telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Dua kategori dipertandingkan iaitu antarabangsa dan nusantara. Kategori antarabangsa diwakili oleh 5 orang peserta manakala selebihnya dalam kategori nusantara.
Ternyata tuah menyebelahi lelaki hidung tinggi [baca: hidung mancung] dari Afghanistan iaitu Sebghatullah Qazizada yang menggeletek hati penonton dengan ungkapan bukan penjual karpet apabila dinobatkan sebagai juara PABM 2012 kategori antarangsa. Tempat kedua dimenangi oleh Polina Matveycheva dari Russia dan Elena Vorobyeva dari Latvia di tangga ketiga. Dua lagi perserta lain ialah Yota Tamura (Jepun) dan Marina Makarova (Moldova).
VIDEO TEMPAT 1 PABM KATEGORI ANTARABANGSA - SEBGHATULLAH QAZIZADA
VIDEO TEMPAT 2 PABM KATEGORI ANTARABANGSA - POLINA MATVEYCHEVA
VIDEO TEMPAT 3 PABM KATEGORI ANTARABANGSA - ELENA VOROBYEVA
Bagi kategori nusantara pula, peserta Malaysia yang petah berbicara dengan hujah yang bernas iaitu Fathiah Ibrahim telah diumumkan sebagai juara. Manakala tempat kedua jatuh kepada Dayangku Mumtazah Pengiran Md Jaafar (Brunei) dan seterusnya Wahyudi (Indonesia).
VIDEO TEMPAT 1 PABM KATEGORI NUSANTARA - FATHIAH IBRAHIM
VIDEO TEMPAT 2 PABM KATEGORI NUSANTARA - DAYANGKU MUMTAZAH PENGIRAN MD JAAFAR
VIDEO TEMPAT 3 PABM KATEGORI NUSANTARA - WAHYUDI
Tahniah kepada semua pemenang dan syabas buat semua calon berbangsa asing yang berusaha memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia sedangkan orang Melayu sendiri tidak lagi sudi berbicara bahasa ibunda mereka sebaliknya memilih bahasa rojak.
©Azurie : Terpegun dengan kepetahan Polina Matveycheva menuturkan Bahasa Melayu. Sayangnya, dia hanya menggenggam trofi naib juara.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.