Mar 8, 2012

Ayam Masak Halia


Penulis tidaklah pandai sangat memasak. Kalau masak sekalipun, penulis gemar masak makanan yang ringkas tapi sedap. Hari ini penulis hendak memberikan resipi yang cukup mudah untuk disediakan. Pastinya sesuai untuk orang bujang... diulangi... orang bujang. Masakan ini penulis namakan Ayam Masak Halia.

Mari kita masuk ke dapur untuk memasak dengan resipi rahsia yang bakal dibentangkan ini.


Bahan²

Ayam [potong ikut suka hati]
1 labu bawang besar [mayang]
3 ulas bawang putih [mayang]
3 cm halia [tumbuk]
15 biji cili padi [potong serong]
1 biji kentang [potong wedges]
Asam keping
Sos tiram
Garam
Gula
Minyak

Cara²

Panaskan minyak. Goreng ayam seketika [goreng bodo je]. Angkat dan toskan.
Masukkan bahan mayang, tumbuk dan potong sekaligus, tumis sehingga garing.
Masukkan sedikit sos tiram dan asam keping.
Masukkan ayam dan biarkan ia masak.
Masukkan sedikit air panas kalau mahu kuah.
Masukkan garam, gula dan perasa jika perlu.
Angkat dan hidangkan.


Selamat mencuba. Masakan ini enak dimakan bersama nasi putih ketika panas.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.