Mar 26, 2012

Tiz Zaqyah Menyanyi Untuk Peminat


Jika disebut tentang Tiz Zaqyah, pasti ramai orang akan teringatkan watak gadis bertudung, Nur Amina yang dibawanya dengan berkesan dalam drama yang seterusnya diangkat ke layar perak iaitu Nur Kasih. Di sebalik kehebatan lakonannya, Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah sebenarnya mempunyai bakat terendam terpendam dalam bidang nyanyian.

Selaku selebriti yang mempunyai ramai pengikut, Tiz sentiasa mengemaskini Facebooknya dengan pelbagai aktiviti terbarunya. Sesuatu yang anda tidak dapat lihat di tempat lain ialah Tiz memuatnaik rakaman video nyanyian How Do I Live yang diyanyikannya sendiri di kala bosan khas untuk tatapan peminatnya. Lagu ini pernah dipopularkan oleh Trisha Yearwood dan Lee Ann Rimes. Jangan tak tahu, selain boleh menyanyi, Tiz Zaqyah juga pandai melukis.

©Azurie : Sangat berbakat dalam bidang menconteng di papan putih yang bernama white board.


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.