Mar 26, 2012

Mawi Diacu Parang Oleh Perompak Bertopeng


Bekas Juara Akademi Fantasia 3 yang mencipta gelombang tsumawi, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 31, mengalami saat menakutkan apabila 4 orang lelaki bertopeng yang dipercayai warga Indonesia menceroboh masuk ke rumahnya untuk merompak. Kejadian pda awal pagi itu berlaku hanya dua jam selepas dia pulang daripada menghadiri siri jelajah Anugerah Bintang Popular di Johor Bahru, Johor.


VIDEO RAKAMAN TEMUBUAL MAWI MENCERITAKAN KES
ROMPAKAN BERSENJATAKAN PARANG DI KEDIAMANNYA


Menceritakan detik cemas itu, Mawi berkata perompak terbabit memanjat pagar menggunakan tangga sebelum mengumpil tingkap yang tidak dipasang jeriji di tingkat bawah rumahnya. Ketika rompakan, Mawi ada bersama isterinya, Ekin atau Nora'Asikin Rahmat, 33, anaknya Cahaya Malaika, ibu mentua Fatimah Saad, 55, neneknya Salmah Sahan, 77, dan seorang amah.


"Mereka berempat dan bertopeng telah masuk ke bilik nenek yang sedang tidur sendirian. Seorang daripada mereka mengeledah bilik tersebut dan mencari barang-barang berharga.

"Seterusnya mereka membawa nenek ke bilik tidur utama yang menempatkan saya, Ekin, ibu mertua dan anak saya (Cahaya Malaika)," katanya mengakui kejadian itu membuatkan keluarganya trauma.

Menyambung perbualan kata Mawi, dia dan yang lain turut diikat dengan tali oleh perompak berkenaan yang disyaki berbangsa Indonesia.

"Saya terkejut apabila melihat lelaki bertopeng mengacukan parang ke muka saya. Mereka meminta kami semua diam dan menyerahkan wang dan barang kemas yang ada," jelasnya lagi.

Petikan Murai


Mawi menganggarkan kerugian yang dialami lebih kurang RM10,000 apabila sejumlah wang dan 4 telefon bimbit berjaya dirampas perompak bertopeng. Pelantun lagu Aduh Saliha ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada pukul 5 pagi.


Sebelum ini, Mawi yang tinggal di banglo mewah di Bandar Baru Bangi pernah mengalami rompakan pada tahun 2008 tetapi hanya tabung duit syiling yang dilarikan.

©Eriyza : Syukurlah kerana Mawi sekeluarga tidak mengalami kecederaan fizikal walaupun kerugian harta.

Via : Murai

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.