Bekas peserta Akademi Fantasia 3 yang menggunakan nama pentas Akma atau nama penuhnya Asiahtunakma Abdullah telah mengikat tali pertunangan dengan anak Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi di kediamannya di Petaling Jaya pada 6 Mei 2012.
Pasangan Akma ♥ Farih dijadualkan akan melangsungkan pernikahan pada 30 Jun 2012. Segala persiapan pertunangan pasangan ini termasuk busana merah jambu yang mereka gayakan disediakan oleh Boutique Chantek manakala tatarias pula dilakukan oleh Famee Abdullah Radzi. Lima dulang hantaran dair pihak lelaki dibalas tujuh bekas oleh keluarga perempuan.
Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah yang kini bergelar guru vokal di One Academy berkata dia tertarik dengan Farih Hamshi kerana perwatakan yang dimiliki jejaka tersebut.
"Bagi saya dia seorang yang matang dan mengutamakan keluarga. Hubungan dia bersama keluarga membuatkan saya tertarik kerana saya juga begitu. Bila hubungan keluarga ini kuat, kemesraan itu wujud," ujar Akma yang memaklumkan bahawa pertemuan pertama mereka bertempat di KLCC.
Bagi Farih pula, Akma seorang wanita yang begitu lemah lembut dan dia terkenangkan sifat dan pekerti penyanyi ini dan keluarganya juga turut menyenangi kehadiran Akma dalam hidupnya.
"Selepas berkenalan saya lihat Akma ini seorang yang tinggi budi pekertinya. Walaupun dia bergelar seorang selebriti namun dia pandai menjaga nama baik keluarganya, itu yang paling penting,"ujar jejaka yang berasal daripada Kelantan ini.
Petikan Murai
Tahniah diucapkan kepada Akma ♥ Farih di atas pertunangan kalian.
©Eriyza : Bukan peminat Akma.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.