May 10, 2012

Ustaz Don Menunaikan Umrah Di Kota Mekah


Pendakwah yang popular menerusi program keagamaan 30 Minit Ustaz Don terbitan TV Al Hijrah, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah bersama sekumpulan jemaah yang lain. Ustaz Don turut diiringi oleh ibu bapanya dan juga salah seorang penerbit TV Al Hijrah, Ayie Azhari.


VIDEO USTAZ DON MEMBACA DOA SEBELUM
BERANGKAT KE MEKAH MENUNAIKAN UMRAH

Ustaz Don yang pertama kali menunaikan umrah tidak mampu menahan air matanya dari gugur kerana dipilih sebagai tetamu Allah untuk menunaikan umrah. Dia dan kru penerbitannya akan membuat rakaman pra produksi untuk program Umrah Bersama Ustaz Don yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

Semoga Ustaz Don dan semua ahli kumpulan jemaahnya dipermudahkan ibadat umrah mereka selama berada di Kota Mekah.

©Eriyza : Suka berguru dengan Ustaz Don.

Via : MyNewsHub

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.