Pasangan Awal ♥ Scha yang masih di dalam suasana pengantin baru setelah menikah pada 4 Mei 2012 melangsungkan majlis resepsi mereka dua hari kemudian di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Majlis perkahwinan mereka dihadiri oleh 2000 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat dan pihak media.
Di dalam majlis gilang-gemilang itu, pengantin lelaki telah membuat kejutan kepada isterinya dan semua tetamu yang hadir apabila menyanyi sebuah lagu istimewa. Suami romantis, Awal mendendangkan lagu Sedetik Lebih untuk isteri kesayangannya, Scha dengan iringan piano Sharon Paul dan tiupan saksafon Jari.
Nyanyian Awal akhirnya mengundang air mata terharu Scha kerana dia pernah meminta Awal menyanyikan lagu itu untuknya pada hari perkahwinan mereka dan ianya benar² ditunaikan oleh suaminya.
©Eriyza : Mahu encik suami mendendangkan lagu I Love You dari Celine Dion.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.