May 5, 2012

Majlis Akad Nikah Awal Ashaari ♥ Scha Al-Yahya


Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal), 30, sah menjadi suami kepada Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha), 29, hanya dengan sekali lafaz. Pernikahan pasangan ini disempurnakan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus. Majlis akad nikah pasangan Awal ♥ Scha berlangsung di Hotel Pullman Lakeside selepas solat Isyak kira-kira pukul 9.15 malam.

Majlis pernikahan pasangan ini dihadiri oleh 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media. Scha menerima RM2,050 sebagai mas kahwin sementara jumlah wang hantaran tidak didedahkan.

Pengantin perempuan menerima hantaran berupa set barang kemas dari jenama Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut jenama Christian Louboution dan beg tangan jenama Dior, kurma dan kek.


Pihak lelaki pula dibalas dengan sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju Melayu, coklat dan kek.

Scha ♥ Awal nampak berseri² dengan pakaian sedondon berwarna putih. Percintaan 3 tahun yang dinoktahkan dengan perkahwinan akan diraikan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Mari layan gambar² pernikahan Awal ♥ Scha.


Selamat Pengantin Baru buat Ahmad Awaluddin Ashaari ♥ Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya. Semoga perkahwinan kalian dirahmati Allah.

©Eriyza : Awal kacak, Scha cantik, anak insyaAllah comel. Dok tercongok depan tv mahu tengok pernikahan Awal ♥ Scha secara langsung dari saluran 104 Astro Ria tetapi sejam menunggu, baru mereka beri notis siaran tidak dapat dipancarkan kerana masalah teknikal.

Via : mStar | Oh Bulan

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.