May 24, 2012

Bayi Lahir Bersama Al Quran


Seorang bayi lelaki dari Lagos, Nigeria telah dilahirkan dengan sebuah Al-Quran kecil pada 7 Mei lalu. Kelahirannya yang unik bukan sahaja memeranjatkan ibunya malah mendapat perhatian meluas dari masyarakat dunia. Seorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman menamakan bayi ini Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo.


Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua dari Komuniti Nasrulifathi, Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.

Para ulama di sana mengingatkan ibu bayi tersebut bahawa anaknya bukan nabi walaupun lahir bersama Al-Quran kerana Allah berkuasa melakukan apa sahaja. Peristiwa mengagumkan itu telah memberi sinar baru buat ibunya yang berusia 32 tahun apabila wanita berkenaan mengucap dua kalimah syahadah seminggu kemudian. Setelah memeluk Islam pada 13 Mei 2012, Kikelomo Ilori menukar namanya kepada Sherifat.

©Eriyza : Bertuah manusia terpilih yang Allah berikan hidayah untuk berubah.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.