May 24, 2012

Pemuda Syahid Dialih Oleh Lelaki Jubah Putih


Umum sudah tahu Syria sedang bergolak kini. Rakyat dibunuh sesuka hati oleh rejim Presiden Bashar Al-Assad, pemerintah yang zalim. Mufti Besar Al-Azhar pernah menfatwakan bahawa lelaki yang berfahaman Syiah ini wajib dibunuh lantaran kekejamannya ke atas rakyat Syria yang mengikut ajaran Sunni. Ketika askar Bashar bertempur dengan penunjuk perasaan, tidak semena-mena muncul seorang lelaki berjubah putih dari arah tentera Syria. Dengan tenang, lelaki itu mengalihkan pemuda yang mati syahid ke tempat lain dengan sebelah tangannya sahaja.

Timbul tanda tanya siapakah lelaki berjubah putih itu?? Tonton video di bawah dan cari sendiri jawapannya.


VIDEO LELAKI JUBAH PUTIH ANGKAT
PEMUDA SYAHID DENGAN SEBELAH TANGAN


VIDEO SUMPAH IKRAR RAKYAT SYRIA
UNTUK BERJIHAD SEHINGGA SYAHID


Manusia atau malaikat? Kalau manusia tidak hairan. Kalau malaikat, maka kita melihat dari 3 sudut hukum: hukum adat, hukum akal, hukum syarak.

Hukum adat atau kebiasaan menunjukkan ia agak pelik kerana adat dan kebiasaannya orang ramai akan gelabah dan kalut ketika pihak keselamatan mengamuk (tak percaya tanya peserta BERSIH). Tetapi lelaki berjubah dan berserban putih itu tenang sahaja seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Datangnya pula dari arah kawasan yang dikuasai tentera.

Hukum akal pula mengatakan tidak mustahil kalau itu adalah malaikat. Yang mustahil pada akal ialah seperti anak lebih dewasa dari bapa.

Hukum syarak pula boleh diambil dalilnya dari al-Quran dan Hadis. Dalam al-Quran Allah diceritakan kisah Nabi Ibrahim yang didatangi 2 Malaikat berupa lelaki segak memberitahu tentang Nabi Ibrahim yang akan dikurniakan anak dari Sara walaupun Sara tidak mampu lagi mengandung. Malaikat itu pula tidak menjamah daging lembu panggang yang dihidang oleh Nabi Ibrahim.

2 Malaikat itu juga datang kepada Nabi Lut memberitahunya supaya keluar dari negerinya sebelum waktu Subuh kerana Allah akan membinasakan negeri itu yang penduduknya beramal dengan homoseks. (Golongan LGBT, ambil perhatian perkara ini!).

Jibril as sendiri datang kepada Nabi SAW dengan rupa lelaki segak, berpakaian putih tanpa kesan musafir, rambut hitam.

Dalam beberapa riwayat disebutkan Saidina Ali juga pernah berurusan jualbeli unta dengan Malaikat Jibril dan Mikail yang berupa dengan rupa lelaki setelah Saidina Ali memberi sedekah kepada fakir miskin.

Justeru, kalau lelaki yang mengangkat orang yang ditembak itu adalah malaikat, maka ia bukanlah sesuatu yang mustahil menurut hukum syarak. Maka perkara ini boleh dianggap satu karamah kepada mereka yang syahid kerana diangkat oleh malaikat, atau kemuliaan juga bagi rakyat Syria secara umumnya yang menentang pemerintah yang zalim seperti Basyyar al-Asad itu.

Dalamasa yang sama, perlu diingat dengan ungkapan: ‘Al-Istiqaamatu khairun min alfi karaaamah’ . Istiqamah iaitu tetap dalam prinsip agama, perjuangan, ibadah dan kehidupan menurut Islam sebenarnya lebih baik dari seribu karamah (kemuliaan) yang diberi yang ditunjuk antaranya melalui klip video tersebut.

Moga Allah membantu rakyat Syria yang dizalimi dan menghancurkan kezaliman dan penzalim di seluruh pelusuk bumi ini.

Petikan Harian Metro


Semoga Allah memberikan pertolongan kepada setiap umat Islam yang dizalimi oleh rejim Bashar Al-Assad. Celakalah engkau wahai pemerintah kuku besi, Bashar Al-Assad.

©Eriyza : Setiap orang Islam mengimpikan mati syahid tetapi bukan semua mendapat nikmat tersebut.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.