May 19, 2012

Ibu Mentua Membakar Menantu Sehingga Melecur


Dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan cubaan membunuh seorang guru perempuan dengan menikam dan membakar rumahnya. Lee Wei Chee, 60, dituduh bersama kakaknya, Lee Wei Mei, 63, cuba membunuh menantu perempuannya, Yeoh Kar Tin, 42, di pangsapurinya di Taman Tun Hussein pada pukul 4 petang, 8 Mei lalu. Kedua²nya mengaku tidak bersalah.


Mereka berdua didakwa menggunakan pisau untuk mencederakan Yeoh Kar Tin yang boleh menyebabkan kematiannya. Memburukkan lagi keadaan, mereka turut menyimbah petrol sebelum membakar mangsa.

Akibat serangan itu, Yeoh melecur 45 peratus di bahagian badannya dan masih ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang. Mangsa mulai sedar Rabu lalu setelah koma selama 8 hari.


Hakim Sesyen, Ikmal Hisan Mohd Tajuddin mengarahkan Wei Mei dihantar ke Hospital Bahagian di Tanjung Rambutan untuk menjalani pemeriksaan psikiatri.

Beliau menetapkan ikat jamin RM30,000 kepada Wei Chee namun tertuduh gagal untuk menbayar jumlah tersebut.

Mahkamah menetapkan 18 Jun depan sebagai tarikh sebutan kes.

Peguam Christine Khor mewakili Wei Chee sementara Moke Yee Yow mewakili kakaknya.

Sementara Pendakwa Raya, Siti Aishah Ramlan menerajui unit pendakwaan.

Suami Yeoh, Mak Chee Wah, 42, berkata bahawa pihak Hospital Pulau Pinang memberitahunya bahawa isterinya sangat tenat.

"Doktor memberitahu bahawa isteri saya perlu menjalani beberapa pembedahan," kata Mak kepada pemberita di sini.

Petikan mStar


Jika disabitkan kesalahan, kedua² wanita yang tidak berperikemanusiaan ini harus dihukum dengan berat.

©Eriyza : Mahu ibu mentua yang boleh bertolak ansur dengan menantu.

Via : mStar

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.