May 18, 2012

Shah Rukh Khan Dihukum 5 Tahun


Aktor kelas A Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan yang pernah ditahan oleh kerajaan Amerika Syarikat sekali lagi menggemparkan masyarakat dunia apabila dihukum selama 5 tahun daripada memasuki Stadium Wankhede Mumbai lantaran perbalahan mulut dengan pegawal padang pada malam Rabu lalu.


Persatuan Kriket Mumbai (MCA) yang bersidang pada hari Jumaat memutuskan hukuman tersebut ke atas Shah Rukh Khan yang juga merupakan pemilik pasukan kriket Kolkata Knight Riders berikutan bersikap biadap terhadap pengawal sambil melemparkan kata² kesat.

Aktor itu membawa anaknya Suhana dan sekumpulan remaja lain ke tengah padang selepas satu perlawanan kriket berakhir. Namun, tindakannya itu dihalang oleh pengawal lalu berlaku pertengkaran di antara teraju utama Dilwale Dulhania La Jayenge itu dengan pengawal tersebut.

Sebelum ini, pelakon tersebut telah disaman kerana merokok di dalam stadium walhal akta larangan merokok di stadium telah dikuatkuasakan.

©Eriyza : Tidak mengerti mengapa artis bernama Shah Rukh Khan suka melanggar undang-undang. Sekadar gimik atau publisiti murahan??


Via : Kosmo! | Hindustan Times .

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.