May 21, 2012

Lelaki Terjun Saluran Sampah Lari Dari Kekasih


Nasib malang menimpa seorang lelaki Russia apabila percubaannya untuk melarikan diri dari kekasihnya berakhir dengan terperangkap di saluran pembuangan sampah. Lelaki berusia 31 tahun itu melompat dari tingkat 8 pangsapurinya ke dalam saluran sampah tersebut sebelum menjerit meminta tolong akibat tersekat di tingkat 3.


Mujurlah ada penduduk yang tinggal di pangsapuri Tyomen, Siberia itu mendengar jeritan tersebut lalu segera menghubungi pasukan kecemasan. Banyak bangunan era Soviet di Rusia dilengkapi saluran pembuangan sampah yang boleh dibuka di setiap tingkat.

Petugas kecemasan menggunakan pemotong elektrik untuk mengeluarkan lelaki itu. Dia tidak mengalami kecederaan serius dan kembali bekerja pada keesokan harinya.

©Eriyza : Lelaki yang melarikan diri ke dalam saluran pembuangan sampah adalah lebih menyampah berbanding pemuda yang suka berfalsafah.


Via : The Sun

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.