May 20, 2012

Hafiz Juara Mania 2012


Jika peminat bola menonton Piala FA yang membawa kemenangan kepada Kelantan, peminat muzik pula menyaksikan pertandingan akhir Mania yang berlangsung pada masa yang sama juga. Hafiz telah dinobatkan sebagai Superstar Mania sekaligus membawa pulang RM500,000 berserta trofi.

Tempat kedua dimenangi oleh Stacy yang bersaing rapat dengan Jaclyn di tempat ketiga. Dua lagi peserta yang melayakkan diri ke peringkat akhir ialah Hazama dan Aril. Konsert akhir Mania bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, dipancarkan di Astro Ria dan Astro Prima.


Berikut ialah keputusan akhir Mania :-

TEMPAT PERTAMA - WANG TUNAI RM500,000 + TROFI
HAFIZ

TEMPAT KEDUA - WANG TUNAI RM200,000 + TROFI
STACY

TEMPAT KETIGA - WANG TUNAI RM100,000 + TROFI
JACLYN

JUARA PRODUSER MANIA – WANG TUNAI RM300,000
AHMAD DHANI


Tahniah kepada semua pemenang Mania.

©Eriyza : Terlalu jarang menonton rancangan Mania.


Via : mStar

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.