Selepas pasangan Izman ♥ Murni diijabkabul di Wad Ortopedik, Hospital Melaka, sepasang lagi pengantin muda turut mengikut jejak langkah mereka. Kali ini, pengantin lelaki yang baru berusia 21 tahun, Nor Azlan Nazri nekad menikahi kekasihnya, Nor Fatin Alia Sobri, 15, di Wad Kenanga, Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani pada 27 April lalu.
Nor Azlan patah kaki kiri setelah terlibat di dalam kemalangan sehari sebelum dia dijadualkan bernikah dengan Nor Fatin Alia yang masih bersekolah. Penyatuan mereka berdua direstui oleh seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan kakitangan hospital yang sudi datang memeriahkan majlis.
“Kami memang merancang bernikah lepas direstui dan dapat sokongan keluarga kedua pihak,” katanya.
Menurutnya, walaupun isterinya masih bersekolah di sebuah sekolah di sini, ia tidak menghalang hasrat mereka membina mahligai sebaliknya dijadikan kekuatan agar saling membantu mengejar matlamat dan cita-cita.
“Perasaan bercampur gembira dan sedih disebabkan keadaan saya begini, namun bersyukur diterima pasangan dengan baik,” katanya.
Nor Azlan berkata, dia bersetuju dengan cadangan ayah dan keluarga untuk menyatukan mereka berdua.
“Saya bimbang didorong perbuatan tidak elok selain menunaikan syariat agama sebagai umat Islam.
“Keluarga takut jadi apa-apa, jadi mereka setuju satukan kami dengan perkahwinan,” katanya.
Petikan Sinar Harian
Selamat pengantin baru buat Nor Azlan ♥ Nor Fatin Alia. Meskipun usia kalian masih mentah, itu bukan alasan untuk bersikap sambil lewa dalam rumahtangga. Semoga kalian hidup bahagia selamanya.
©Eriyza : Cemburu dengan pasangan ini kerana menjadi kekasih halal dalam usia muda.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.