May 8, 2012

Pihak Masjid Belasah Pencuri Sehingga Parah


Cubaan kali kedua seorang lelaki untuk mencuri wang dari tabung Masjid Hadhari, Jerteh bukan sahaja tidak berhasil malah menerima padah apabila teruk dibelasah oleh orang ramai. Pencuri ini gagal mencuri dari masjid yang sama sebelum ini lantas dia bertindak menukar mangga tabung tersebut untuk memudahkannya mencuri pada hari yang lain. Namun, taktiknya tidak berkesan apabila disedari oleh pihak masjid yang kemudiannya menukar semula mangga tabung tersebut.

Kegiatan jahat lelaki berumur 32 tahun dari Kampung Siam, Pasir Puteh, Kelantan itu disedari oleh pengawal masjid. Ketika ditangkap pada jam 9.45 malam, lelaki itu sedang mengumpil tabung itu menggunakan besi pencungkil tayar kereta.


Setiausaha Masjid Hadhari Jerteh, Che Kar Awang berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu mendapati dua hari sebelum ditangkap suspek sama dilihat cuba mencuri wang di dalam tabung itu tetapi pada waktu itu tabung tersebut kosong.

“Lelaki itu kemudian menukar mangga sebuah tabung itu tetapi pihak masjid menukar semula mangga yang dipasang suspek bagi mengelakkan suspek mencuri,” kata beliau ketika ditemui dekat sini semalam.

Petikan Kosmo!


©Eriyza : Orang lain mencari pahala di masjid, lelaki ini berbuat dosa pula.

Via : Kosmo!

1 Comment

Alahai... Wed May 16, 01:55:00 PM

16 mei….aku dpt berita drp kwn aku mgatakn budak yg pecah tabung masjid pd 7 mei yg lalu dah meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bhagian kepala dan organ dalaman. adakah org2 yg membelasah tu rs bangga dgn kematian ni? org mgkn takkan ptikaikn niat & tujuan kita tp tidak smestinya pd cara kita.ad satu soaln…marilah kita fikir n renungkan bsama…;-Skiranya Rasulullah ad pd saat kjadian, adakah baginda akan memuji org2 ‘yg scara bramai-rmai’ mmbelasah ‘seorg’ pencuri tabung masjid? dgn apa yg kita knal Rasulullah..kesantunan baginda dlm hbgn antara insan..apakah mgkin baginda gembira dgn ‘pembelasahan’ itu lalu baginda berkata,”Saksikan..inilah org2 yg mpejuangkn Islam”. mgkinkh bgitu saudara2ku skalian??

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.