May 20, 2012

Tawakkul Karman Penerima Nobel Keamanan


Tawakkul Karman merupakan wanita Arab pertama dan muslimah Islam kedua yang menerima Anugerah Nobel Keamanan 2011. Wanita yang lahir pada 7 Februari 1979 ini turut diumumkan sebagai pemenang termuda setakat ini. Tawakkul yang digelar 'Iron Woman' dan 'Mother of the Revolution' oleh penduduk Yaman adalah seorang wartawan, aktivis kemanusiaan dan ahli politik parti Al-Islah.

Ketika menerima anugerah Nobel Keamanan, Tawakkul disoal tentang imejnya yang berhijab seperti tidak sesuai dengan taraf pendidikannya yang tinggi. Ini jawapan bernas daripada Puan Tawakkul.


“Man in early times was almost naked, and as his intellect evolved he started wearing clothes.

What I am today and what I’m wearing represents the highest level of thought and civilization that man has achieved, and is not regressive.

It’s the removal of clothes again that is regressive back to ancient times.”

TERJEMAHAN

“Manusia pada zaman purba adalah hampir telanjang, dan apabila intelektual manusia semakin berkembang, manusia mula memakai pakaian.

Apa yang ada pada saya hari ini, dan apa yang saya pakai menunjukkan tahap intelektual serta tamadun tertinggi yang manusia telah capai, ianya tidak ketinggalan zaman.

Sebaliknya, tindakan mengurangkan pakaian yang dipakai itulah ketinggalan zaman kerana ia kembali menuju ke zaman purba.”

Petikan Berita Harian


Penulis berbangga dengan Tawakkul Karman kerana tidak hipokrit di dalam memperjuangkan haknya sebagai wanita Islam. Nah, sudah terbukti, muslimah juga boleh mengecapi kejayaan tanpa membuang tudung.

©Eriyza : Mahu menutup aurat dengan sempurna hingga hujung nyawa.

Via : Berita Harian | Wikipedia

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.