Jun 12, 2012

Ahli Perniagaan Dicucuh Besi Kimpalan


Seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hamzi terpaksa menanggung kesakitan yang sepatutnya dilalui oleh orang lain. Mangsa diseksa selama 3 jam di sebuah rumah berhampiran hutan sebelum dibebaskan oleh sekumpulan 5 orang penjenayah yang menyedari mereka telah menculik orang yang salah.

Mangsa yang berusia 36 tahun mengalami kecederaan teruk hampir di seluruh tubuh berikutan dicucuh dengan api besi kimpalan.


“Dalam keadaan kedua-dua tangan dan kaki diikat, mereka tanpa belas kasihan mencucuh muka dengan besi kimpalan yang masih bernyala, malah saya turut dipukul dengan rotan dan kayu,” kata seorang ahli perniagaan yang menjadi mangsa ‘tersalah culik’ oleh lima penjenayah sebelum dia dihumban di tepi jalan.

Petikan Harian Metro

Hamzi diculik dan dilarikan dengan kereta Honda Accord ketika berada di Bukit Bintang pada jam 8.30 malam hari Khamis lalu.

©Eriyza : Macam-macam kes jenayah berlaku.


Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.