Jun 12, 2012

Pelantar Minyak Perairan Tukau Terbakar


Mei lalu, Loji Pemprosesan Gas Petronas di Paka meletup mengakibatkan seorang maut, kali ini pemampat udara di pelantar minyak di perairan Tukau pula terbakar. Sekurang-kurangnya 5 orang pekerja syarikat Petronas Carigali cedera. Seorang daripadanya, Bernad Christopher, 39 dilaporkan cedera 70 peratus bahagian badan dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 pagi itu.


Empat mangsa lain ialah Mohd Syahrizal Yusop, 27; Joseph Brandah Buar, 25; Stephen Anyi, 50; dan Saberi Khan Abdul Ghani Khan, 40. Dua daripada mangsa yang cedera ialah kakitangan Petronas Carigali manakala tiga yang lain pekerja kontrak yang menyelenggara pelantar berkenaan.


Semua mangsa diterbangkan dengan helikopter dari tempat kejadian ke Terminal Dua, Lapangan Terbang Miri, sebelum dibawa menggunakan ambulans ke Unit Kecemasan Hospital Miri, jam 12.45 tengah hari bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Jurucakap hospital berkata, Bernad melecur hampir 70 peratus di bahagian badan manakala empat lagi dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sehingga kini, semua mangsa masih berada di Hospital Miri dan difahamkan keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Sebastian Ting yang turut meluangkan masa melawat mangsa di hospital itu berkata, juruteknik yang mengalami kecederaan kritikal masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Mangsa yang melecur teruk itu masih ditempatkan di ICU dengan kakitangan perubatan mengkategorikan tahap kelecuran mangsa pada tahap satu,” katanya.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika semua mangsa melakukan kerja rutin, namun mereka tiba-tiba disambar api yang merebak terlalu pantas.

Petikan Harian Metro


©Eriyza : Pihak yang berkenaan perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang lebih baik agar kes-kes seumpama ini tidak lagi berulang.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.