Jun 30, 2012

Ambiga Mati Dibakar


Seorang gadis India menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila dibakar hidup-hidup oleh tiga orang penyerang di hadapan rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran. Mangsa, P Yoga Ambiga, 27, kerani bank di Medan Pasar, Kuala Lumpur melecur seluruh badannya sehingga bertukar warna putih.


Difahamkan, Ambiga diserang dari belakang oleh suspek dengan sejenis cecair yang dipercayai minyak tanah sebelum api dinyalakan lalu mangsa dibakar sehingga rentung. Ambiga baru 14 hari menjadi tunangan kepada lelaki pilihannya iaitu Thurai Raj, 30an, dijangka akan berkahwin pada Oktober ini. Takziah kepada keluarga mangsa.

Sebelum ini, seorang gadis turut kritikal kerana dibakar oleh kekasihnya dan telah meninggal dunia dua hari lalu.

©Eriyza : Berharap suspek dicekup secepat mungkin dan dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kezalimannya.

Via : Harian Metro | Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.