Jun 30, 2012

Kekasih Wanita Curang Dibelasah Orang Kampung


Seorang lelaki berusia 22 tahun bengkak pada muka dan calar di badan akibat dibelasah penduduk kampung kira-kira pukul 10 malam yang menyangkanya pencuri setelah melihatnya lari lintang pukang. Cerita sebenar, lelaki itu melarikan diri dari rumah kekasihnya setelah bergelut dengan suami wanita itu yang pulang tiba-tiba.


Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung kira-kira enam kilometer dari Kampung Raja itu, lelaki tersebut melarikan diri apabila suami wanita berkenaan yang berumur 26 tahun pulang ke rumah daripada menjala udang.

Sebelum itu, dikatakan wanita berumur 22 tahun itu meminta suaminya pergi menjala udang di pantai dan suaminya yang bekerja sebagai petani memenuhi permintaan tersebut.

Sebaik suaminya keluar rumah, wanita berkenaan memandu kereta bagi mengambil kekasihnya di rumah keluarga lelaki itu di sebuah kampung beberapa kilometer dari Kampung Apal, Jabi.

Bagaimanapun, pada malam berkenaan air laut pasang menyebabkan suami wanita itu pulang awal dan sebaik tiba di rumah dia mula mengesyaki sesuatu yang kurang baik apabila beberapa kali pintu rumah diketuk tetapi tiada jawapan.

Lelaki itu pergi ke bahagian belakang rumahnya mengintai melalui celah lubang rumah dan melihat seorang lelaki keluar dari bilik tidur bersama isterinya.

Geram dengan apa yang dilihat menyebabkan dia bertindak memecah pintu dapur rumah dan berlaku pergelutan dengan kekasih isterinya.

Lelaki itu berjaya melarikan diri dengan terjun melalui tingkap namun berjaya ditangkap penduduk kampung yang kemudian membelasahnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Petikan Sinar Harian


Lelaki ini dan wanita berkenaan kembali bercinta beberapa bulan lalu selepas sekian lama berpisah. Sepanjang hubungan sulit mereka berlangsung, mereka memadu kasih di dalam kereta di tempat sunyi di kawasan sawah padi. Mereka yang sebaya turut menerima pendidikan di sekolah yang sama. Wanita curang itu belum mempunyai anak walaupun telah berumahtangga selama 2 tahun.

©Eriyza : Punyalah ramai perempuan di dunia, isteri orang juga jadi pilihan.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.