Jun 25, 2012

Cedera Dibelasah Peminta Sedekah


Seorang wanita berusia 28 tahun terbaring di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama dua hari akibat cedera teruk di muka dan retak di dahi kerana dibelasah oleh penyamun yang menyamar sebagai peminta sedekah. Nurhayati Kamisan menyedekahkan 50 sen kepada lelaki bertongkat yang disangkanya pengemis.

Mangsa mendakwa, kejadian malang itu dialaminya pada 19 Jun 2012 sewaktu pukul 12.30 tengah malam berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Hang Tuah, Kuala Lumpur ketika sedang berjalan kaki untuk ke rumah tunangnya di Pangsapuri San Peng.

Pengemis tersebut menyapanya dan dia memberikan sedekah sebelum lehernya dijerut dan ditumbuk di muka sehingga pengsan. Penyamun tersebut melarikan sejumlah wang tunai dan telefon bimbitnya.

©Eriyza : Siapa sangka niat untuk bersedekah akhirnya mengundang padah.

Via : Harian Metro

2 Comment

Unknown Mon Jun 25, 11:58:00 PM

Assalam, ini sudah kurang ajar punya penyamun, tak pandai nak bersyukur langsung... Semoga mangsa Cepat sembuh... Harap penyamun tu insaflah atas kesalahannya... duit yg dpt pun duit haram...

Eriyza Sun Jul 01, 12:08:00 PM

@Ikmal:
Bermacam taktik yg mereka
guna tuk menyamun. Hmmm!

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.