Jun 25, 2012

Mohamed Morsi Dilantik Presiden Mesir Pertama


Wakil Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi telah disahkan sebagai Presiden Mesir yang pertama oleh jawatankuasa pilihan raya untuk menggantikan bekas Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan oleh rakyat. Keputusan yang diumumkan pada 24 Jun 2012 itu telah dibaca oleh Ketua Suruhanjaya Pemilihan Presiden, Farouk Sultan.


Mohamed Morsi mengalahkan lawannya yang juga bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq setelah melalui dua pusingan pilihanraya Presiden yang berlangsung pada 16 dan 17 Jun 2012.

Secara ringkasnya, keputusan Pilihanraya Mesir adalah seperti berikut :

Mohamed Morsi : 51.73 peratus bersamaan 13,230,131 undian
Ahmed Syafiq : 48.27 peratus bersamaan 12,347,380 undian





Hanya 51.8 peratus daripada lebih 50 juta pengundi berdaftar telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada pilihanraya tersebut. Sebanyak 37,000 kertas undi telah dibatalkan atas pelbagai kesalahan. Sebaik Mohamed Morsi diisytiharkan sebagai Presiden Mesir, para penyokongnya yang berhimpun di Dataran Tahrir telah melakukan sujud syukur serentak.

Bekas Presiden mesir, Hosni Mubarak telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan ketika topik ini ditulis, beliau sedang koma di hospital.

Sekalung tahniah buat calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi yang bakal menerajui Mesir. Semoga tiada lagi insiden tunjuk perasaan yang menakutkan melanda Mesir.

©Eriyza : Tumpang seronok melihat kegembiraan rakyat Mesir.

Via : Kosmo! | Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.